Isnin, 14 Oktober 2013

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut, Sekali Berpijak Dibumi Nyata Sentiasa Ingat Langit Di Jungjung. 28 Fabuari 2006

25 Syawal 1434 bersamaan 01hb September 2013.

Yang Berbahagia Datuk, Datin, Tuan, Puan, Muslimin Dan Muslimat.
Waris anak yatim Asrama Kg. Che Bema.
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Atas Faktor Kesihatan dan Usia yang telah lewat, saya Haji Mat Saad bin Haji Ahmad dengan ini ingin memaklumkan bahawa bermula 1hb Oktober 2013 saya tidak lagi menjadi Penyelia Asrama Anak Yatim Kg. Che Bema ini lagi. Semua urusan dan penjagaan anak-anak yatim seramai 22 orang di situ saya serahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Muda selaku Pengerusi Asuhan Anak Yatim/Miskin Kg. Che Bema ini. Semoga dengan peralihan ini pengurusan dan penjagaan anak-anak yatim di sini akan bertambah baik dan akan lebih Berjaya di masa-masa akan datang.

Kepada Datuk/Datin, Golongan Ushawan, Ahli-ahli Perniagaan, Ahli-ahli Koperat, Pekerja-pekerja Asrama, Pekerja-pekerja Sukarela, Jiran-jiran, Individu-individu yang telah banyak membatu dan memberi kerjasama hampir 8 tahun saya mengelola asrama ini, saya amat hargai dan saya persembahkan sekalung budi, setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Jazakallahu Khairan Kathiran. Semoga sumbangan dan kerjasama dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Sekiranya terdapat sedikit kebaikan dalam pengurusan Asrama ini sejak tahun 2005, itu adalah anugerah Allah SWT. Dengan berkat dan sokongan dan kerjasama dari semua pihak, segala kelemahan, kecacatan dan kekurangan dalam pengurusan asrama ini selama itu, itu adalah kelemahan dan kekurangan saya dan saya memohon seribu kemaafan.

Sekian,

Haji Mat Saad Bin Haji Ahmad.


http://asramapenginapan.blogspot.com/